Wednesday 16 December 2015

Acting~

Last class for acting, apa-apa pun seronok la kelas nie, tapi tak de la sampai nak ambil dua kali pulak, memang subject nie bukan untuk yang lemah semangat, gugup atas pentas macam bro, mengigil pulak tu, anyways tinggal subject Mr m and then cuti la kita, hip hip horaayy, hip hip horaayy, (sekejap je pun cuti)

I Got It From My Daddy

Jangan Terkejut dengan imej yang anda sedang lihat, untuk pengetahuan semua, ini bukan gambar bro, ini gambar Psy from his new song Daddy, Lagu nie memang jijik tahap creative, dahla muka Psy nie sama macam bro, tak boleh belah punya muka, bubuh pulak dekat budak, memang I GOT IT FROM MY DADDY la ceritanya, first time tengok video nie, WTF, but lagu lekat dalam otak, memang catchy,dan view pun agak tinggi gak la, promote pulak lagu nie time Mnet asian music awards(MAMA), memang MAMA DADDY la kat Hong kong tu~

Tahniah~

Ok, belum terlewat untuk bro ucapkan tahniah pada Selangor kerana telah memenangi Piala Malaysia, mereka telah menumpaskan kedah 2-0, bro tengok match tu memang best la, Selangor dominate games tu, ada berapa kawan bro time sekolah kata kedah kalah sebab padang, padang tak elok katanya, biasa la Malaysia selalu hujan, padang kita jadi macam tu dah jadi perkara biasa, bergantung kepada pemain untuk adapt pada situasi, mereka pemain bola professional, hal padang nie benda kecil je, apa-apa pun good game from both team, kebetulan dua-dua team nie jiran negeri bro, so dua-dua bro sokong, majulah sukan untuk negara

Mockingjay

Hello guys, Bro nak ceritakan satu lagi movie yang epic iaitu Hunger Games Mockingjay part 2, waktu bro tengok filem nie, bro tergamam dengan cerita dia, effect dia memang first class, kalau filem malaysia tak tahu bila nak sampai tahap tu, memang gila la, sorang-sorang mati dalam filem ni, sedih pun ada, tapi tetap ada happy ending, tapi dalam diam bro harapkan ada sambungan sebab memang best cerita dia,lagipun Jennifer Lawrence nie memang pelakon hollywood kegemaran bro, sikit lagi dia nak keluar dalam filem X-men pulak, so kita tunggu~~~

Abang Botak

Wow,wow,wow, One Punch Man , cerita anime yang character dia Madara,Naruto,Sasuke gabung tiga-tiga pun belum tentu boleh menang, sekali tumbuk dah menang, hebat, bro dah tengok yang versi manga, lukisan dia memang teruk, tak nampak macam komik, nampak macam doodle je, tapi tengok anime dia, fulamak setiap episode macam tengok filem punya production, gempak, tapi bro dengar cerita dia tak panjang macam dalam manga, tak seronok la kalau pendek, so bro harap one punch man akan jadi sebuah siri yang lebih panjang dari sinetron bawang merah bawang putih, come on, One punch!!

Haram Jadah Punya Sekolah

Sekali lagi, bro menghabiskan masa dengan menonoton movie, kali nie bro menonton Crow Explode, crow explode nie kiranya sambungan crow zero, cumanya ada watak -watak baru, watak-watak lama semua dah habis belajar. Pada pandangan bro cerita nie menarik untuk ditonton, konsep dan jalan cerita dia memang unik giler-giler, bayangkan satu sekolah budak jahat-jahat, siapa lembik memang tak boleh survive, power siut cerita

Inside Out

INSIDE OUT, cerita nie sekali pandang memang nampak macam cerita tak matang, but bila tengok movie, dia buat kita berfikir dan sesetengah orang yang macam bro boleg related kan cerita nie dengan diri sendiri, memang kita tak de watak-watak inside out dalam diri kita yang mengawal perasaan tapi still kita ada perasaan-perasaan itu, dan semakin kita dewasa semakin kita pandai kawal perasaan-perasaan tu. cerita nie bro bagi 4 bintang.